
Tuaran: Seramai 20 usahawan dan koperasi di Sabah menerima pembiayaan bernilai RM7.92 juta daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan terbabit adalah daripada agensi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corp. Malaysia, Tekun Nasional, Bank Rakyat dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Katanya, dua lagi sijil pendaftaran koperasi daripada SKM dan surat tawaran program daripada SME Bank Berhad turut disampaikan kepada tiga penerima geran bagi Program Pembangunan Kapasiti Vendor (PPKV) berjumlah RM143,000.

