
SANDAKAN: Kerajaan negeri menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan (MIDE) Sabah akan memperkenalkan logo ‘Authentic Sabah’ dalam bentuk hologram yang akan diedarkan secara percuma kepada semua usahawan yang berdaftar dengan agensi di bawahnya, Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan (DIDR), bulan ini.
Pembantu Menteri MIDE, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi, berkata, ia akan dilancarkan pada 20 Mei ini di Kota Kinabalu oleh Menteri MIDE, Phoong Jin Zhe.
“Tujuan cetakan hologram ini adalah bagi mengatasi masalah lambakan produk yang menggunakan identiti produk Sabah tetapi diproses atau dikilangkan di luar negeri Sabah,” katanya.
Tambah Andi, kriteria bagi penerima label hologram ini adalah produk dihasilkan di negeri Sabah, produk boleh menembusi pasaraya tempatan, luar negeri atau eksport dan produk yang memenuhi piawaian pembungkusan yang ditetapkan oleh pasaraya.
SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus menghadiri Sesi Libat Urus Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhadan (PMKS) bersama beliau di Hotel Livingston, di sini pada Jumaat.
Kira-kira 100 usahawan dari Sandakan, Kota Marudu dan Lahad Datu menyertai program itu.
Hadir sama, Pengarah DIDR, Tseu Kei Yue dan Pengurus Pembangunan Usahawan Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), Abdul Rahim Md.Zain.
Sesi libat urus itu diadakan antara lain memberi maklumat kepada usahawan berkenaan bantuan, program dan geran yang disediakan kerajaan dalam membantu peniaga memajukan perusahaan masing-masing dan tidak ketinggalan dalam hal ini.
Dalam keadaan ekonomi semasa dan perkembangan yang ada, jelasnya penting bagi membantu mereka mengembangkan lagi perusahaan usahawan kecil dan yang terlibat.
Dalam perkembangan lain, Andi berkata, atas keprihatinan kerajaan Negeri kepada usahawan PMKS di negeri Sabah, jumlah peruntukan bagi Program Bantuan Industri Kecil dan Sederhana (BAIKS) pada tahun 2023 telah meningkat kepada RM15 Juta berbanding RM10 juta peruntukan disediakan pada tahun 2022.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


