“200 Lebih Tak Ramai Mana Pun” – Jocelyn Chia Ketawakan Bilangan Mangsa MH370 Yang Terkorban?

19 Jun 2023 • 1:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Belum habis mengenai kontroversi lawak ‘menghina’ negara Malaysia, pelawak berasal dari Singapura iaitu Jocelyn Chia sekali lagi mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Jocelyn dijemput untuk menjadi tetamu dalam sesi temu bual bersama rakan pelawaknya yang berasal dari Amerika Syarikat, Chrissie Mayr.

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Chrissie mengatakan angka kematian lebih 200 mangsa dalam insiden kes kehilangan pesawat MH370 tidak begitu ramai.

Malah, Jocelyn turut dilihat tertawa besar selepas mendengar kenyataan Chrissie yang menyokong tindakannya untuk tidak memohon maaf kepada waris mangsa.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang berang terhadap tindakan pelawak Singapura itu kerana seperti tidak serik melakukan kesalahan.

image is not available

Bukan itu sahaja, bekas Timbalan Pengarah Kesihatan, Datuk Lee Boon Chye turut menegur tindakan Chrissie dan Jocelyn sebagai tidak berhati perut dan tidak menghormati keluarga mangsa.

image is not available

Sebelum ini, Chrissie Mayr tampil mempertahankan Jocelyn yang dikecam teruk oleh rakyat Malaysia dan mengatakan jenaka yang dibuat oleh rakannya itu adalah lawak yang hebat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

"Tak Perlu Minta Maaf.." - Pelawak AS 'Back Up' Jocelyn Chia, Anggap Lawaknya Hebat