"Saya Tak Berdendam Terhadap Malaysia, Lawak Itu Sekadar Warm Up" - Jelas Pelawak Kontroversi Jocelyn Chia

12 Jun 2023 • 5:59 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

“Saya tidak berdendam dengan Malaysia, ia merupakan budaya biasa bagi pelawak untuk memanaskan penonton”.

@buletintv3 Meskipun kerajaan Singapura sudah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan tindakan melampau pelawak berasal dari negara itu, Jocelyn Chia. Namun, komen yang disifatkan hinaan oleh pelawak itu terus dikecam pelbagai pihak. #BeritaDiTikTok #Singapura #JocelynChia #Pelawak ♬ original sound - BuletinTV3

Jelas pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang baru-baru ini mencipta kontroversi apabila membuat beberapa jenaka sensitif berkenaan negara ini.

Salah satu jenakanya adalah mengenai kehilangan pesawat Malaysia MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ dengan mimik muka mengejek.

Memetik laporan CNN, Jocelyn berkata, rutin lawaknya itu telah dilakukan lebih daripada seratus kali selama satu tahun setengah tanpa sebarang masalah.

Menurutnya, apabila segmen tertentu dikeluarkan dan dipendekkan menjadi klip video pendek untuk dimuat naik dalam media sosial, beberapa konteks penting telah hilang.

“Saya memang melakukan setiap jenaka saya dengan berhati-hati. Saya berpegang teguh dengan lawak saya secara keseluruhan apabila ia ditonton di dalam kelab komedi.

“Apabila difikirkan, menjadikan keseluruhan persembahan kepada satu klip video pendek untuk tontonan luar daripada kelab komedi adalah sangat berisiko,” katanya.

Jocelyn juga berkata, rakyat Singapura telah lama mempunyai saingan mesra dengan Malaysia dan itulah yang menjadi dasar jenaka itu.

“Saya tidak berdendam terhadap Malaysia. Ia juga merupakan budaya biasa bagi pelawak untuk ‘memanaskan’ penonton secara langsung.

“Ahli penonton Malaysia sering datang pada saya selepas selesai melakukan persembahan untuk memberitahu mereka menyukai pertunjukan saya,” ujarnya.

Tambahnya, ada juga ahli penonton Malaysia jelas menunjukkan mereka tidak tersinggung ketika datang kepadanya selepas melakukan persembahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved