200 pelarian dipercayai etnik Rohingya mendarat di Langkawi

3 Jan 2025 • 1:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota pihak berkuasa tempatan semasa mengawal kira-kira 200 pelarian dipercayai etnik Rohingya yang mendarat di Langkawi pada awal pagi Jumaat. FOTO TULAR

image is not available
Sebuah bot kayu besar yang membawa kira-kira 200 pelarian dipercayai etnik Rohingya yang mendarat di Langkawi diperiksa oleh pihak berkuasa tempatan pada awal pagi Jumaat. FOTO TULAR

LANGKAWI - Kira-kira 200 pelarian dipercayai etnik Rohingya yang menaiki sebuah bot kayu besar telah mendarat di pantai Teluk Yu, berhampiran Ayer Hangat, pada awal pagi Jumaat.

Maklumat tersebut juga mula tersebar apabila ada penduduk tempatan turut menaikkan gambar tersebut di media sosial.

Dua gambar tersebut menunjukkan sebuah bot kayu besar yang diperiksa oleh pihak berkuasa tempatan dan satu lagi gambar menunjukkan etnik tersebut berada di tepi pantai sambil dikawal oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Langkawi, Datuk Chen Liau Weng, semasa dihubungi berkata, beliau menerima maklumat berkenaaan daripada seorang penduduk tempatan berkenaan sebuah bot mendarat di Teluk Yu.

Menurutnya, difahamkan kumpulan etnik tersebut telah mendarat sekitar jam 3 pagi berhampiran sebuah kilang simen di kawasan berkenaan.

“Seorang penduduk tempatan memberitahu terdapat kira-kira 200 orang termasuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak dan ini pendaratan bot Rohingya pertama di Langkawi pada tahun 2025,” katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved