Bot bawa 200 pelarian Rohingya mendarat di Pantai Langkawi

3 Jan 2025 • 4:13 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seramai kira-kira 200 pelarian dipercayai etnik Rohingya dilaporkan mendarat di Pantai Teluk Yu, berhampiran Ayer Hangat, sekitar jam 3 pagi tadi. Mereka menaiki sebuah tongkang kayu besar yang kini berada dalam pemeriksaan pihak berkuasa.

Maklumat mengenai pendaratan ini tersebar melalui media sosial selepas beberapa penduduk tempatan berkongsi gambar kejadian tersebut. Dua gambar yang tular menunjukkan bot kayu besar diperiksa oleh pihak berkuasa tempatan, manakala satu lagi memaparkan kumpulan pelarian berada di tepi pantai di bawah kawalan pihak berkuasa.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Langkawi, Datuk Chen Liau Weng, turut mengesahkan maklumat ini. Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh seorang penduduk tempatan sekitar jam 3 pagi tadi.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

“Penduduk melihat kumpulan Rohingya terdiri daripada lelaki, wanita, dan kanak-kanak berkumpul di kawasan pantai berdekatan kilang simen. Penduduk agak ketakutan dan tidak berani mengambil tindakan. Saya harap pihak berkuasa bertindak segera untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Ini merupakan kes pertama pendaratan pelarian Rohingya di Langkawi bagi tahun 2025, selepas kawalan sempadan perairan Malaysia diperketatkan sebelum ini.

Difahamkan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden ini dalam masa terdekat.