200kg Daging Belum Siap Masak Licin Dalam 15 Minit

Entertainment
23 Mar 2025 • 1:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pempengaruh di Indonesia, Willie Salim, terpaksa melupakan hasratnya untuk menyediakan rendang daging bagi juadah berbuka puasa selepas daging yang disediakan ‘licin’ sebelum sempat dimasak.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, Willie sebelum itu membeli seekor lembu bernilai kira-kira 50 juta Rupiah (bersamaan kira-kira RM13,300) dengan perancangan untuk memasak 200 kilogram rendang daging yang akan diagihkan kepada 20,000 penduduk di Palembang.

Proses penyediaan rempah ratus dilakukan bersama pasukannya dengan bantuan penduduk setempat.

Namun, kejadian tidak diduga berlaku apabila semua bahan telah dimasukkan ke dalam kuali besar dan Willie berehat seketika selama 15 minit untuk ke tandas.

Sekembalinya ke lokasi memasak, beliau mendapati kesemua daging telah hilang tanpa ditinggalkan sebarang sisa, meskipun belum dimasak sepenuhnya.

image is not available

Ribuan penduduk yang berada di lokasi didakwa berebut mengambil daging mentah itu, tanpa menghiraukan kuali yang masih panas.

Malah, anggota keselamatan yang bertugas juga gagal mengawal situasi tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.