‘2018, MP Muar kata Ketuanan Melayu dah berakhir, Tun M dah berpuluh tahun kata ‘Melayu Malas’ – TMJ persoal individu memintanya ambil tindakan terhadap Makcik Kemboja

Politics
21 Nov 2023 • 4:15 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

image is not available

Baru-baru ini tindakan seorang wanita dalam nada bergurau menyatakan orang Melayu pemalas menerima kecaman netizen.

Kenyataan tersebut ujar netizen dianggap sensitif lebih-lebih lagi apabila mengetahui wanita tersebut mengaku dirinya berketurunan dan warganegara Kemboja.

Susulan menerima kecaman daripada pelbagai sudut, wanita yang aktif dalam perniagaan itu memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Masih belum reda dengan situasi ini, netizen telah meminta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail untuk mengambil tindakan terhadap wanita tersebut.

Namun, Tunku Mahkota Johor atau lebih dikenali sebagai TMJ menyatakan isu begini sudah lama diperkatakan sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir lagi.

Selain itu TMJ juga mengulas isu berkenaan turut dinyatakan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada tahun 2018.

“Tahun 2018 MP Muar mengatakan “zaman Ketuanan Melayu telah berakhir.”

TMJ turut mempersoalkan kenapa ketika itu tiada pula individu yang tampil memetik namanya untuk mengambil tindakan.

“Tun dah berpuluh tahun kata “Melayu malas”. Tapi tak ada pula orang tag saya suruh ambil tindakan.