Wanita Kemboja Hina ‘Melayu Malas’, Polis Terima 14 Laporan

21 Nov 2023 • 2:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Polis Melaka menerima 14 laporan polis berhubung seorang wanita Kemboja yang mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu baru-baru ini.
 
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu dibuat pelbagai pihak selepas sebuah video berdurasi satu minit tujuh saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun yang memaparkan wanita terbabit telah mengatakan Melayu malas pada Ahad lalu.
 
Menurutnya, susulan laporan polis berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.
 
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
"Polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
 







image is not available