“2020 Sibuk Kain Orang, Kini Kain Sendiri Terbuka” – Kata-Kata Ali Puteh Untuk Abby Abadi

Entertainment
11 Sep 2023 • 8:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu, isu melibatkan anak perempuan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim menjadi punca rumah tangga orang lain musnah menjadi perhatian ramai.

Walaupun remaja terbabit telah mengaku kesilapan yang dilakukan, masih tetap ada beberapa netizen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Marissa, 18.

Tidak terkecuali pelawak, Ali Puteh turut tampil beri ulasan berkenaan isu ‘panas’ ini di laman media sosialnya.

image is not available

Pelawak tersebut seperti memerli semula bekas ahli kumpulan Elite tersebut yang sebelum ini pernah masuk campur urusan orang lain dan kini terkena pada diri sendiri.

Bagaimanapun, Ali juga berharap agar kemelut yang berlaku ke atas anak pelakon tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Sebelum ini, Abby ada memberi kenyataan bahawa dia memihak kepada kakak ipar Ali iaitu Nor Hidayah sewaktu kemelut keluarga arwah Abam Bocey itu berlaku dan meluahkan hasrat mahu bertemu dengan anaknya sekira ada masa lapang.

image is not available 1 day ago

"Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Ke Atas Mana-Mana Lelaki" - Video Ucapan Norman Buat Marissa Tular Kembali