Tak Melatah Atau Balas Makian Netizen, Cara Norman Hakim ‘Handle’ Isu Anak Jadi ‘Penyondol’ Dipuji

Entertainment
11 Sep 2023 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, anak perempuan Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim sebelum ini didakwa telah menganggu rumah tangga orang lain hingga bercerai-berai.

Susulan isu tersebut tular di serata platform, teruk Instagram Norman dan Abby diserang netizen yang tidak berpuas hati dengan perangai anak mereka.

Walaupun tidak henti-henti menerima makian di platform Instagram, tindakan Norman mendiamkan diri dan tidak melatah dipuji ramai.

image is not available

Kelihatan pelakon itu lebih selesa memuat naik zikir-zikir harian di Instagram Story dari melayan perangai orang luar yang tidak henti menghentam keluarganya.

Sekadar info, Marissa sebelum ini mengaku bahawa dirinya bersalah dalam isu ini tetapi tidak semua yang diceritakan oleh pihak sebelah adalah benar.

image is not available 2 days ago

(EKSKLUSIF) "Saya Mengaku, Tapi.." - Marrisa Dania Respon Isu Rampas Suami Orang, Dedah Status Terkini Dengan Aslam