21 pelajar Tingkatan Empat dan Lima ditahan gaduh di gelanggang futsal

LocalPolitics
22 Nov 2024 • 6:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular video kes pergaduhan libat pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di gelanggang futsal.

KOTA KINABALU - Seramai 21 pelajar Tingkatan Empat dan Lima ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian pergaduhan di gelanggang futsal berhampiran sebuah sekolah menengah di di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kesemua mereka ditahan pada Khamis lalu, namun dibebaskan dengan jaminan polis.

"Pergaduhan berpunca daripada salah faham berkaitan dengan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.

"Terdapat mangsa dipukul beramai-ramai sehingga mengalami sakit pada beberapa bahagian badan serta telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kasim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Setakat ini siasatan masih dijalankan untuk melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved