Tular Pelajar Bergaduh Di Gelanggang Futsal Sabah Undang Kebimbangan Netizen

22 Nov 2024 • 4:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pergaduhan pelajar di gelanggang futsal Kota Kinabalu tarik perhatian ramai

Tular Pelajar Bergaduh Di Gelanggang Futsal Sabah Undang Kebimbangan Netizen. Sebuah insiden pergaduhan yang melibatkan sekumpulan pelajar sekolah telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setelah rakaman video kejadian tersebut tersebar luas di pelbagai platform media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Gelanggang Sukan Pelbagai Guna Kampung Tebobon, Manggatal, Kota Kinabalu.

image is not available
Sumber foto: Facebook. Tular Pelajar Bergaduh Di Gelanggang Futsal Sabah Undang Kebimbangan Netizen

Lebih membimbangkan, seorang individu yang cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Bukti kecederaan mangsa turut dikongsi melalui gambar yang tersebar di media sosial, menunjukkan kesan pukulan yang diterima ketika cuba menghentikan pergaduhan tersebut. Pihak berkuasa telah mengambil tindakan susulan dengan satu laporan polis telah difailkan berhubung insiden tersebut.

Kejadian ini telah menimbulkan perbincangan dalam kalangan masyarakat mengenai isu keselamatan dan tingkah laku pelajar di kawasan awam.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes-kes tular pergaduhan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved