211 bot nelayan diperiksa dalam Op Bersepadu Mardof Sabah

16 Aug 2026 • 11:18 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

211 bot nelayan diperiksa dalam Op Bersepadu Mardof Sabah

LAHAD DATU: Sebanyak 211 bot nelayan tempatan diperiksa dengan dua daripadanya ditahan dalam Op Bersepadu Mardof Sabah yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Jabatan Perikanan dari 4 hingga 14 Ogos.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata operasi selama tujuh hari itu memberi tumpuan kepada memastikan pematuhan terhadap syarat pelesenan bot, mengesahkan identiti tekong dan kru serta memeriksa penggunaan peralatan menangkap ikan yang dibenarkan.

Beliau berkata seramai 90 individu terdiri daripada 58 rakyat Malaysia dan 32 warga asing, diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

“Dua bot nelayan tempatan ditahan selepas didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 di perairan Lahad Datu dan Kunak. Kesalahan itu melibatkan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan menangkap ikan dalam lingkungan dua batu nautika dari pulau terdekat. Jumlah nilai rampasan bagi kedua-dua kes itu dianggarkan RM206,000,” katanya.

Dzulfikhar memaklumkan Op Mardof Sabah dilaksanakan secara berfasa meliputi fasa pengenalan, operasi di laut, operasi di darat dan sesi taklimat penutup, membabitkan 30 pegawai dan anggota dari Zon Maritim Lahad Datu serta Jabatan Perikanan Lahad Datu.

Menurutnya operasi bersama itu mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang maritim, membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram dan melindungi sumber perikanan negara.

Beliau turut menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Lahad Datu menerusi WhatsApp di talian 016-930 5727 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved