22 anugerah dipertandingkan pada Konvensyen KIK UA di UPNM

7 Aug 2026 • 5:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 22 anugerah dipertandingkan pada Konvensyen KIK UA di UPNM

PETALING JAYA: Sebanyak 22 anugerah dipertandingkan pada Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam (UA) Kali Ke-18 yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini.

UPNM dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu merangkumi dua Anugerah Terbaik Keseluruhan bagi Kategori Inovasi Sosial dan Penyampaian Perkhidmatan serta 20 anugerah bagi kategori inovasi khusus.

Katanya, konvensyen dwitahunan selama tiga hari bermula 4 Ogos lalu itu menghimpunkan 434 peserta daripada 53 kumpulan inovasi seluruh UA.

“Para peserta bersaing dalam empat kategori utama yang memfokuskan kepada penciptaan dan penambahbaikan impak tinggi.

“Empat kategori itu ialah Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan), Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan), Inovasi Sosial (Penciptaan) dan Inovasi Sosial (Penambahbaikan),” katanya.

Menurut kenyataan itu, penganjuran konvensyen berkenaan menterjemahkan komitmen UPNM terhadap pembudayaan inovasi dalam kalangan warga pendidikan tinggi negara.

Majlis Anugerah dan Penutupan Konvensyen yang berlangsung di Kampus UPNM, Kem Perdana Sungai Besi disempurnakan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman.

Majlis yang dihadiri seramai 776 tetamu itu turut menyaksikan acara simbolik penyerahan tuan rumah Konvensyen KIK UA Ke-19 pada 2028 kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman; Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi Haji Ahmad; Ahli-ahli Lembaga Pengarah UPNM serta pengurusan tertinggi universiti berkenaan dan UA seluruh negara. – UTUSAN

The post 22 anugerah dipertandingkan pada Konvensyen KIK UA di UPNM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved