22 hilang kapal pengangkut pukal karam di perairan India

23 Aug 2026 • 1:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 22 hilang kapal pengangkut pukal karam di perairan India

NEW DELHI: Pasukan penyelamat pada Ahad meneruskan operasi mencari 22 kru yang masih hilang selepas sebuah kapal dagang karam di perairan pantai timur India, menurut Tentera Laut India.

Kapal pengangkut pukal berbendera Panama, MV Ocean Winner dalam pelayaran menuju Singapura dari pelabuhan Paradip di negeri Odisha, menurut MarineTraffic.

Kapal berkenaan menghantar isyarat kecemasan ketika berada kira-kira 700 kilometer di timur Visakhapatnam, sekali gus mencetuskan operasi menyelamat bersama Pengawal Pantai India.

Tentera laut berkata, dua daripada 24 kru berjaya diselamatkan, manakala sebuah pesawat rondaan tentera laut dikerahkan semula untuk memantau kawasan berkenaan.

Pengawal Pantai turut mengerahkan tiga kapal, lapor penyiar India, NDTV.

“Pesawat berkenaan mengesan rakit penyelamat di kawasan itu sebelum menyelaras usaha dengan kapal berdekatan, MT Aisopos untuk mengambil dua kru dari rakit berkenaan,” menurut tentera laut.

Agensi berita Press Trust of India (PTI) yang memetik sumber Pengawal Pantai melaporkan 20 kru merupakan warga China, tiga warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Kewarganegaraan dua kru yang diselamatkan belum dapat dipastikan.-AFP

The post 22 hilang kapal pengangkut pukal karam di perairan India appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved