221 Orang Pekebun Kecil Terima Insentif Hasil Daripada Program Target -LGM

22 Aug 2023 • 10:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seramai 221 orang pekebun kecil telah menerima insentif sebanyak RM 4,500.00 manfaat hasil daripada Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) yang telah diperkenalkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam kenyataan semalam, LGM menjelaskan program tersebut dilaksanakan melalui Konsep Koperasi Pekebun Dan Pengusaha Ladang Getah Tempatan yang ditubuhkan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan memendekkan rantaian bekalan.

Selain itu, mereka juga dilibatkan di peringkat penghasilan bahan getah tambah nilai, iaitu getah krip, melalui Pusat Pengumpulan Getah Krip (PPGK). Dengan cara ini ’diskaun’ atau keuntungan peniaga getah dapat dipulangkan kepada mereka melalui harga belian yang lebih tinggi, tulis kenyataan itu.

Untuk makluman, pekebun kecil getah terlibat yang menjalani program inkubator tersebut telah mula menerima insentif hasil dari jualan getah sejak 13 Jun 2023 sehingga 31 Julai 2023. Sejumlah RM 4,500.00 telah diagihkan kepada 221 pekebun kecil pada 17 Ogos 2023, insentif dari hasil jualan getah dari pekebun kecil kepada pelesen tersebut.

“Salah satu pelesen yang berdaftar di bawah progam TARGET telah menjalani program inkubator dibawah pemantauan LGM di Stesen Penyelidikan LGM Sg Sari, Kedah bermula 1 Jun 2023,” tulis kenyataan itu.

Melalui bimbingan dan khidmat nasihat teknikal daripada LGM, pelesen tersebut telah berjaya menghasilkan getah krip yang berkualiti. Malah jualan getah krip berkualiti ini telah membawa pulangan yang baik kepada pelesen tersebut dan sebahagian pulangan itu dikongsikan kepada pekebun kecil getah yang telah membekalkan getah sekrap mereka sebagai insentif.

Dengan program inkubator sebegini, LGM berharap program TARGET ini menjadi model dan rujukan agensi, syarikat dan koperasi pembeli getah untuk penghasilan getah tambah nilai krip dan bagi mendapatkan pulangan pendapatan yang lebih tinggi, tulis badan itu.