Orang Secantik Nama, Malique Tampilkan Anak Sendiri Dalam Muzik Video Sedih Hati Yang Terbaru

Music
19 Aug 2023 • 4:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Orang Secantik Nama, Malique Tampilkan Anak Sendiri Dalam Muzik Video Sedih Hati Yang Terbaru

Baru-baru ini, dunia hiburan telah ‘digemparkan’ dengan pelancaran lagu sedih hati hasil daripada gabungan suara nyanyian Allahyarham Mona Fandey dan Malique.

Lagu tersebut telah menjadi bualan ramai sehinggakan ada yang mendakwa meremang sebaik mendengar lagu tersebut.

Selepas pelancaran lagu tersebut, Malique sekali lagi memberi kejutan kepada para peminatnya dengan menampilkan anak daranya bernama Inca Medina dalam muzik video terbaru lagu terbabit versi akustik.

Dalam muzik video tersebut, dapat dilihat terdapat beberapa pemuzik sedang memainkan alat-alat muzik mereka sambil diiringi dengan kelibat seorang gadis bertopeng sedang menggesakkan biolanya.

Di akhir video tersebut, gadis itu akhirnya menanggalkan topeng yang dipakainya.

Ramai penonton yang menonton muzik video tersebut meluahkan rasa teruja sebaik melihat kejelitaan Inca.

Malahan, ada juga yang turut menyifatkan bahawa gadis itu mempunyai wajah yang sangat mirip dengan Malique.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Muzik video tersebut nyata mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Sehingga artikel ini ditulis, muzik video tersebut telah mendapat lebih 35 ribu tontonan dan lebih 3 ribu tanda suka.