225 PTI Indonesia dihantar pulang

16 Feb 2025 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seramai 225 pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal menerusi Pelabuhan Tawau oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, pada Khamis lalu.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussuf berkata, mereka terdiri daripada 194 lelaki, 30 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, berumur antara satu hingga 69 tahun.

AdvertisementKatanya, kanak-kanak terlibat ditemani ibu bapa atau penjaga yang sah.

Menurutnya, penghantaran pulang kesemua tahanan itu dilaksanakan menerusi Program Pemindahan Tahanan kategori usir melalui laut dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, dengan menaiki feri Purnama Express dan Labuan Express.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Penghantaran tahanan tersebut menjadikan PTI warga Indonesia yang dihantar pulang setakat tahun ini berjumlah 391 orang, manakala keseluruhan PTI warga asing dihantar pulang adalah seramai 664 orang,” katanya.

Mengulas lanjut, Sitti Saleha berkata, warga Indonesia yang dihantar pulang bagi kategori usir menerusi laut itu, merupakan tahanan dari Depot Imigresen (DI) Sandakan dan Tawau.

AdvertisementKatanya, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas dan permit perjalanan yang sah serta tinggal lebih masa.

Tambahnya, semua PTI itu akan disenaraihitamkan dalam sistem JIM mengikut jenis kesalahan mereka.

AdvertisementBeliau berkata, kekerapan pelaksanaan program pemindahan tahanan PTI warga Indonesia tertakluk kepada pengeluaran secara berterusan Sijil Perjalananan Laksana Paspor (SPLP) oleh Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu dan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Dalam pada itu, beliau berkata, JIM Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga asing yang menyalahgunakan pas atau kemudahan yang disediakan.

“Pihak kami juga akan mengambil tindakan pendakwaan ke atas mana-mana majikan dan premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen pengenalan diri dan pas yang sah.

“Begitu juga, individu yang melakukan perlanggaran ke atas syarat sah atau permit seperti yang termaktub di bawah Akta 155 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.