165 PTI Indonesia dihantar pulang

LocalPolitics
25 Jan 2025 • 2:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seramai 165 pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia, termasuk 36 kanak-kanak, dihantar pulang ke negara asal menerusi Pelabuhan Tawau dalam program pemindahan tahanan PTI bagi kategori usir melalui laut, pada Khamis.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussuf berkata, mereka terdiri daripada 90 lelaki, 39 wanita, 17 kanak-kanak lelaki dan 19 kanak-kanak perempuan berumur antara tiga bulan sehingga 76 tahun yang sebelum ini ditahan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Kota Kinabalu dan Papar.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Penghantaran pulang dilakukan melalui Terminal Feri Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia dengan menggunakan pengangkutan feri Labuan Express dan Francis Express.

“Tindakan ini diambil selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara, dan diperuntukkan proses pemindahan ke negara asal setelah lengkap dokumen perjalanan,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit sah, selain tinggal lebih masa.

Menurutnya, kesemua tahanan tersebut akan disenaraihitamkan dalam sistem JIM mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat tahun ini, seramai 165 tahanan PTI Indonesia direkodkan pulang ke negara asal melalui pengangkutan laut, menjadikan jumlah keseluruhan 337 warganegara asing dipindahkan ke negara asal.

Katanya, berdasarkan rekod statistik pemindahan tahanan asing ke negara asal dari negeri, bilangan tertinggi adalah warganegara Indonesia seramai 165 orang (49 peratus), diikuti oleh 145 warganegara Filipina (43 peratus), 14 warganegara Pakistan (4 peratus), 11 warganegara China (3 peratus) dan dua warganegara lain-lain (1 peratus).

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, beliau berkata, kekerapan pelaksanaan program pemindahan tahanan PTI Indonesia oleh JIM Sabah adalah tertakluk dengan pengeluaran Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) secara berterusan oleh pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Malaysia.

Katanya, operasi pemindahan tahanan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan JIM Sabah yang dijalankan dari semasa ke semasa, bagi kesemua tahanan yang ditempatkan di DTI di Sabah bagi mengelak tempoh penahanan panjang.