23 petugas kebersihan Bangunan SUK terima baucar Deepavali RM200

30 Oct 2026 • 3:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

23 petugas kebersihan Bangunan SUK terima baucar Deepavali RM200

SHAH ALAM, 30 OKT: Seramai 23 petugas kebersihan di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) menerima baucar Jom Shopping Deepavali bagi membantu meringankan perbelanjaan persiapan perayaan.

Baucar berkenaan disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam majlis di Lobi SUK hari ini, yang turut dihadiri EXCO Pembasmian Kemiskinan V. Papparaidu dan EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari.

Penerima boleh menggunakan baucar bernilai RM200 setiap seorang itu untuk membeli barangan keperluan di pasar raya Lotus’s Shah Alam.

Salah seorang penerima, P. Parwathy, 61, berkata bantuan itu membolehkannya melengkapkan persiapan Deepavali, khususnya membeli barangan dapur dan bahan untuk menyediakan maruku.

Image from: 23 petugas kebersihan Bangunan SUK terima baucar Deepavali RM200
P.Parwathy,61

“Terima kasih kepada Menteri Besar dan EXCO bagi baucar Deepavali. Boleh beli barang-barang dapur, hati senang juga sebab ada sikit lagi belum beli.

“Saya nak gunakan untuk beli tepung-tepung dan nak buat maruku,” katanya yang sudah tiga tahun berkhidmat sebagai petugas kebersihan.

Seorang lagi penerima, P. Mohanabal, 60, berkata baucar itu dapat digunakan untuk membeli keperluan asas seperti beras dan minyak.

Beliau yang sudah dua tahun bekerja di Bangunan SUK turut menghargai bantuan berkenaan, apatah lagi menerima baucar itu buat kali kedua bersama pemberian angpau.

Image from: 23 petugas kebersihan Bangunan SUK terima baucar Deepavali RM200
P.Mohanabal ,60

“Saya sudah dapat dua kali baucar dan sangat bagus sebab boleh gunakan untuk barang dapur. Saya kerja baru dua tahun pun sudah terima baucar.

“Terima kasih kepada Kerajaan Selangor dapat baucar, angpau pun dapat. Betul-betul happy,” katanya.

Sementara itu, Papparaidu sebelum ini memaklumkan sebanyak 26,354 baucar Program Jom Shopping Perayaan Deepavali diagihkan kepada penerima yang layak tahun ini, membabitkan peruntukan RM5.27 juta.

Image from: 23 petugas kebersihan Bangunan SUK terima baucar Deepavali RM200
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari bersama barisan EXCO bergambar bersama selepas menyampaikan Baucar Jom Shopping kepada semua pekerja pembersihan dan pemandu yang akan menyambut sambutan perayaan Deepavali di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam pada 30 Oktober 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Program itu dilaksanakan serentak di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 17 Oktober hingga 7 November ini.

Menurutnya, kaedah pengagihan dikekalkan seperti tahun lalu, iaitu baucar diserahkan kepada pejabat DUN sebelum diagihkan kepada penerima untuk digunakan di pasar raya terpilih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved