24,000 share, resipi Sambal Tempe Bilis Kacang stok sahur, ratah pun sedap

FoodCooking
15 Mar 2023 • 2:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SAMBAL Tempe Bilis Kacang menu sampingan favourite ramai untuk bersahur. Simple sahaja tetapi ia jadi rebutan anak beranak di meja makan. Makan dengan nasi panas memang padu!

Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, mak-mak sudah boleh menyediakan sajian ini. Tak hanya dijadikan lauk, boleh juga menjadi kudapan di rumah.

Resipi perkongsian daripada Sharinaz Redwan ini mudah dan sedap. Ikan bilis, tempe dan kacang elok bersalut perencah serta berkilat, tentu rangup diratah.

image is not available

 

“Ni kalau meratah depan TV tak perasan habis satu bekas. Saja buat stok simpan untuk sahur,” kongsi Sharinaz.

Berikut adalah resipinya:

Sambal Tempe Bilis

Bahan-bahan kering
6 peket tempe [BELI DI SINI]
2 cawan ikan bilis [BELI DI SINI]
500 gram kacang tanah [BELI DI SINI]

Bahan-bahan sambal
2 senduk cili kisar (cili kerinting pedas lagi ummph) [BELI DI SINI]
3 biji bawang merah [BELI DI SINI]
5 ulas bawang putih [BELI DI SINI]
1 ketul gula kabung [BELI DI SINI]
4 keping asam keping [BELI DI SINI]
Garam secukupnya
Lebihan minyak menggoreng tempe

Cara penyediaan

1-Tempe dihiris nipis, goreng garing hingga rangup.

2-Ikan bilis dicuci dan digoreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, masak dengan air fryer sebentar, insya-ALLAH ia akan rangup semula.

image is not available

3-Kacang dicuci, ditoskan dan digoreng.

4-Tumis bahan kisar dengan gula kabung, asam keping sampai pecah minyak.

image is not available

5-Tumis lama dengan api perlahan sehingga betul-betul garing.

6-Apabila sudah siap tutup api dan biarkan kejap.

7-Masukkan garam ke dalam sambal secukup rasa diikuti tempe, kacang bilis. Siappp! Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.