24 pendatang tanpa izin dijel empat bulan

18 Mar 2025 • 8:21 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Dua puluh empat pendatang tanpa izin dipenjara empat bulan, masing-masing, kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mereka ialah Ridzwan Ben Ben, Nuriana Ben Ben, Al Dumil Al Makin, Asrie Halul, Habir Sajid, Haidir Sajid, Ismail Sani, Marjiya Sajit, Marma Kasim, Nasil Wahir, Sajid Karim, Telbela Nopisium, Paulus Pulang, Monica Monae Patris Pati,Jerald Sabiran, Hamji Alul, Tanasir Razak, Tanasir Razak, A. Hasan, Najwa Idris, Amilin Bakking Isdalin dan Ibrahim Abdul, berumur 25 dan 50 tahun.

Kesemua tujuh PTI terbabit mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, atas pertuduhan dihadapi mereka.

PTI itu ditahan di Kota Marudu, Keningau dan Sepanggar, masing-masing, kerana memasuki negeri itu tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Mereka ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika operasi dijalankan Jabatan Imigresen.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, mereka merayu hukuman ringan dan meminta dihantar pulang ke negara asal mereka secepat mungkin.

Mahkamah memerintahkan pendatang tanpa izin itu menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas dibebaskan dari penjara mereka diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

Pegawai Pendakwa Chin Tzee Mee melakukan pendakwaan.