24 tahun tak minum manis, wanita penghidap SLE disahkan diabetes

Health & FitnessLifestyle
24 Jan 2025 • 11:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial seorang pempengaruh menangis kerana walaupun 24 tahun tak minum manis, dia telah disahkan hidap diabetes sehingga terpaksa menjaga makan dan minumnya dengan ketat.

Menerusi satu hantaran di TikTok, lhaneikha telah memuat naik satu tangkap layar siaran langsung wanita yang dikenali sebagai Mira Rosli sedang menangis di hadapan suaminya kerana tidak boleh minum air berkarbonat, Cola.

24 tahun tak minum manis, Mira disahkan diabetes

https://www.tiktok.com/@lhaneikha/video/7461886870301969672?_r=1&_t=ZS-8tJz0ENqFwf

Mira yang merupakan menghidap penyakit autoimun kronik, lupus eritem-atosus (SLE) berkata sepanjang 24 tahun hidupnya, tidak pernah sekalipun dia meminum minuman manis.

Mira turut meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat menikmati keenakan minuman manis disebabkan pelbagai penyakit yang dia hidapi disebabkan SLE itu.

image is not available

“24 tahun saya tak pernah minum manis, lepastu saya yang kena kencing manis. Bagilah saya rasa nikmatnya minum air manis. Lepas ni saya tak minum air manis,” katanya.

Kata Mira lagi, dia bukan sahaja tidak boleh mengambil minuman manis, malahan dia terpaksa menjaga makanan yang diambil kerana tidak boleh makan sesuka hati.

“Saya makan kyoChon tak boleh, makan ayam tak boleh, makan telur tak boleh, semua tak boleh. Macam mana saya nak nikmati hidup saya?

“Awak dengan ibu selalu bebel tak jaga makan, cuba awak jaga makan macam saya. Makan nasi, brokoli, ikan, boleh ke hari2?” luahnya kepada suami.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya meluahkan rasa kasihan terhadap Mira kerana perlu menjaga pengambilan makanan dan minuman dengan ketat disebabkan penyakit autoimunnya.

Tak minum manis, seksanya tengok penghidap SLE

image is not available

Kesian dia

image is not available

SLE rosakkan organ, semoga Mira diberikan kesembuhan

image is not available

Saya pun sama, minum sikit je buat rasa-rasa

image is not available

Semoga ada keajaiban untuk Mira

image is not available

Menerusi tinjauan di media sosial, usahawan Kieda Crepe juga pernah memaklumkan Mira sememangnya penghidap SLE sehingga menyebabkan wanita itu menghidap pelbagai penyakit lain seperti sawan dan slip disc.

Sumber: TikTok lhaneikha