
Kota Kinabalu: Seramai 246 atlet memanah tradisional dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, Labuan, Brunei dan Indonesia menyertai Kejohanan Jemputan Antarabangsa 2022 yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hujung minggu lalu.
Kejohanan memanah tradisional anjuran Kelab Memanah Kesatria Kota Kinabalu dengan kerjasama dan sokongan daripada beberapa kelab memanah tradisional di daerah Kota Kinabalu menarik penyertaan 37 kelab dan kumpulan selain beberapa peserta individu.
Presidennya Suhaimi Sapiee berkata selain menjemput pemanah luar negara, kejohanan itu juga menjadi medan untuk memilih atlet negeri sebagai persediaan menghadapi Liga Memanah Tradisional Kebangsaan (LMTK) yang dijadualkan berlangsung di sini tahun depan.
Tambahnya, mereka kini memberi tumpuan kepada Pertandingan Memanah Tradisional Peringkat Negeri Sabah dan Festival Memanah Tradisional Antarabangsa Sabah 2023.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
