25,000 penduduk Putatan berdepan gangguan air

LocalPolitics
24 Jul 2025 • 8:20 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Nora Ahmad

PUTATAN: Kira-kira 25,000 penduduk di daerah ini berdepan dengan gangguan bekalan air yang berlarutan sejak sebulan lalu, sekali gus menjejaskan rutin harian mereka termasuk untuk mandi, memasak dan mencuci.

Kawasan yang paling terkesan melibatkan beberapa tempat antaranya Kampung Lok Kawi, Kampung Meruntum, Kampung Pasir Putih, Kampung Petagas, Kampung

Ketiau dan Kampung Muhibbah, dengan sebahagian penduduk terpaksa mendapatkan bekalan air dari sumber luar, termasuk membeli daripada pengendali lori swasta atau air botol di premis berhampiran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Exco Pemuda Perikatan Nasional (PN) Sabah, Kanny Chew Ly Choi @ Adamz menggesa pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) agar tidak terus membiarkan isu ini berlarutan tanpa tindakan konkrit.

“Bekalan air yang terputus terlalu lama amat menyusahkan rakyat.

“Kami Pemuda PN Sabah mendesak JANS agar segera bertindak atau cari penyelesaian lebih berkesan untuk masalah ini,” katanya di sini, pada Rabu.

Katanya, sebagai usaha membantu penduduk sementara menunggu penyelesaian menyeluruh daripada pihak berwajib, beliau turut menyampaikan bantuan lori tangki air ke Kampung Meruntum.

“Kampung Meruntum salah satu kawasan yang terputus bekalan air.

“Kami turun bantu setakat yang termampu, tetapi ini bukan penyelesaian sebenar.

“Isu ini perlukan campur tangan serius dan tindakan segera pihak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau dalam pada itu menyeru agar pelan penyelesaian jangka pendek dan panjang dilakukan segera.

“Tindakan itu bagi memastikan rakyat tidak terus terbeban dengan masalah yang sepatutnya boleh dielakkan,” tegasnya.