
KUALA LUMPUR - Sebanyak 25,477 kes jenayah penipuan kewangan dalam talian membabitkan kerugian RM776 juta dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini di negara ini.
Timbalan Pengarah, Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Zaldino Zainudin berkata, daripada jumlah tersebut, jenayah yang menggunakan modus operandi e-dagang atau platform jual beli dalam talian merekodkan kes tertinggi iaitu 7,907 kes membabitkan kerugian berjumlah RM144.8 juta.
AKAN MENYUSUL



