25 Jul sebutan semula kes bunuh pelajar Kolej Vokasional

28 Jun 2024 • 3:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 25 Julai depan untuk sebutan semula kes 13 pelajar kolej vokasional yang didakwa membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

13 tertuduh, berusia 16 hingga 19 tahun itu, didakwa bersama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu, antara 9 malam 21 Mac dan 7.38 pagi keesokan harinya (22 Mac).

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Prosiding tertutup itu diadakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani kerana kes itu membabitkan pesalah bawah umur.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao, manakala lapan daripada 13 pelajar itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohamad Chinki, Chen Wen Jye dan Amirul Amin Rashid.

Seorang lagi remaja diwakili peguam Abdul Gani Zelika, manakala empat lagi tidak diwakili.

Kamarudin Mohamad Chinki apabila ditemui berkata, mereka telah memohon kepada Majistret agar kes itu disegerakan memandangkan kes itu sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tawau, bagaimanapun laporan Jabatan Kimia masih belum diperolehi.

Pada 2 April, 13 remaja lelaki itu didakwa bersama di Mahkamah Majistret Lahad Datu, tetapi tiada pengakuan direkodkan.

Pada 22 Mac lalu, Mohamad Nazmie Aizzat ditemui mati dengan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuhnya, di asrama kolej tersebut.

Susulan itu, 13 pelajar kolej vokasional itu ditahan dan seterusnya direman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.