25 Jun adalah hari terbaik untuk dapatkan Galaxy S23 Ultra

Digital
25 Jun 2023 • 9:23 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dah hampir hari gaji bukan? Apa kata anda usyar promo Samsung yang sedang berlangsung ini. Salah satu daripadanya adalah anda boleh dapatkan Samsung Galaxy S23 Ultra pada harga serendah RM4,199 sahaja. Untuk perspektif anda, Galaxy S23 Ultra 256GB dilancarkan dulu pada harga RM5,699. Hal ini bermakna, anda jimat RM1,500 untuk flagship tahun 2023!

image is not available

Walau bagaiamanpun, promo waktu terhad ini hanya berlangsung sehari pada 25 Jun 2023. Anda boleh pergi ke pautan ini untuk lakukan pembelian.

Spesifikasi Samsung Galaxy S23 Ultra

Samsung Galaxy S23 Ultra adalah model yang terbaik dalam sirinya, dan satu-satunya ada stailus terbina. Ia diperkasa cip khas Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy. Cip ini bergandingan dengan RAM LPDDR5X 12GB beserta storan sehingga 1TB. Untuk pengetahuan anda, kali terakhir Samsung menawarkan opsyen storan 1TB adalah sewaktu Galaxy S10+ tahun 2019.

image is not available

Panel paparannya adalah sebesar 6.8" Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Kaca itu dilindungi Gorilla Glass VIctus 2, versi terbaik dalam industri setakat ini. Di bahagian kamera, trikamera belakang Galaxy S23 Ultra masing-masing memiliki sensor 200MP (utama), 12MP (ultalebar), 10MP (telefoto 1), dan 10MP (telefoto 2). Selfie diambil menggunakan sensor 16MP.

image is not available

Samsung Galaxy S23 Ultra dilengakapi sistem bateri 5,000mAh dengan pengecasan 45W. Ia turut menyokong sistem pengecasan wayarles 15W.

Bacaan berkaitan