Samsung Galaxy S23 kini termurah, RM2,299 dalam waktu terhad

Digital
25 Jun 2023 • 9:23 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dah hampir hari gaji bukan? Apa kata anda usyar promo Samsung yang sedang berlangsung ini. Salah satu daripadanya adalah anda boleh dapatkan Samsung Galaxy S23 pada harga RM2,299 sahaja. Untuk perspektif anda, Galaxy S23 128GB memiliki tanda harga rasmi RM3,899. Hal ini bermakna, anda jimat RM1,600 untuk flagship tahun 2023!

image is not available

Walau bagaiamanpun, promo waktu terhad ini hanya berlangsung sehari pada 25 Jun 2023. Anda boleh pergi ke pautan ini untuk lakukan pembelian.

Lihat juga promo Samsung Galaxy S23 Ultra.

Spesifikasi Samsung Galaxy 23

Varian terendah siri Galaxy 23 ini memiliki spesifikasi mirip Galaxy S23+. Seperti biasa, varian ini ditujukan kepada pengguna yang inginkan telefon kompak tanpa mengorbankan prestasi.

image is not available

Galaxy S23 memiliki panel paparan sebesar 6.1", beresolusi FHD+. Panel paparan yang sama digunaakn seperti S23+ iaitu Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula boleh mencapai 120Hz.

Untuk keselamatan, bahagian depan dan belakang telefon ini juga dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 yang baharu.

image is not available

Atas papan utama, anda boleh temui SoC Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy yang bergandingan bersama-sama kombinasi RAM + storan sama ada 8GB + 128GB ataupun 8GB + 256GB.

Untuk mengambil gambar, pengguna bolehlah memanfaatkan kamera utama 50MP yang ada apertur F1.8. Gambar bergenre pemandangan sesuai diambil menggunakan lensa ultralebar yang dibelakangnya ada sensor 10MP dan akhir sekali, sekiranya zum diperlukan, Samsung menyediakan kamera telefoto 3x 10MP.

image is not available

Di bahagian hadapan, kamera swafoto 12MP menggalas tanggungjawab untuk memenuhi keperluan selfie.

Galaxy S23 memiliki kapasiti bateri terkecil dalam keluarganya. Berbekalkan sistem bateri 3,900mAh, ia boleh diisi menggunakan pengecas 25W dengan kabel ataupun 15W menggunakan pengecasan berpiawaian Qi.

Secara rumusannya, Galaxy S23 adalah S23+ dengan paparan dan kapasiti bateri lebih kecil.

Bacaan berkaitan