25% Pengguna TikTok Adalah Dari Asia Tenggara

TechnologyDigital
25 Jul 2022 • 12:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

TikTok merupakan salah satu aplikasi inforia popular yang digunakan ramai dari hari ke hari. Bercakap mengenainya, kini ia diketahui yang mana 1/4 daripada pengguna TikTok adalah daari Asia Tenggara.

TikTok sendiri sebelum ini telah berkongsi yang mana lebih 800 juta video dihasilkan di rantau ini setiap bulan, dan menjana lebih 1 trilion tontonan setiap sebulan.

Dengan angka pengguna tinggi, rantau Asia Tenggara juga menjadi terawal menerima sesuatu ciri, seperti TikTok Stories, dan juga TikTok Shop.

image is not available

Namun, kini Bytedance dilihat menghadapi cabaran dalam menjana pendapatan melalui pengguna di rantau ini. Walaupun 25% pengguna TikTok dari Asia Tenggara, ia dikatakan sekitar 2.8% pendapatan sahaja dijana di rantau ini berbanding lokasi lain di peringkat global. Buat masa ini, Bytedance sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam terus meningkatkan penjanaan pendapatan di rantau ini, termasuk salah satunya adalah dengan memfokuskan kepada edagang pada platform tersebut.