25 penghuni rumah kebajikan terima khidmat gunting rambut percuma

14 May 2025 • 4:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH MUHAMMAD HAZIQ ROSHIDI

KAJANG, 14 MEI: Seramai 25 warga emas di Persatuan Rumah Caring Kajang menerima khidmat gunting rambut secara percuma menerusi program khas sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa.

Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong Ong Chun Wei, program berkenaan dianjurkan sebagai tanda penghargaan terhadap penghuni rumah berkenaan.

“Kami hadir ke Rumah Caring Sungai Chua untuk menawarkan perkhidmatan percuma ini sebagai penghormatan kepada warga emas sempena Hari Ibu dan Hari Bapa.

“Program ini mendapat tajaan penuh daripada Shella Hair Academy yang menghantar tiga orang pekerja bagi memberikan perkhidmatan gunting rambut,” katanya ketika ditemui di program tersebut.

Tambah Chun Wei, ini bukan kali pertama program sebegini dianjurkan, namun ia adalah kali pertama diadakan khusus bagi menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved