26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi esok kerana banjir

LocalEnvironment
11 Jan 2026 • 11:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kawasan Kampung Tebakang Bidayuh dilanda banjir susulan hujan berterusan yang menyebabkan limpahan dari Sungai Batang Kayan. Foto: Bernama

KUCHING - Sebanyak 26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat memulakan operasi pada hari pertama sesi persekolahan esok kerana masih terjejas banjir, kata Pengarah Pendidikan Negeri Omar Mahli.

Beliau berkata, hasil tinjauan yang dilakukan pada hari ini mendapati, tiga sekolah yang terjejas terletak di Daro, Mukah di Selangau, Sibu (4) dan Tatau,Sebauh di Bintulu (19).

"Sekolah yang terlibat ialah SK KG Pangtray, SK OK Selair, SJK (C) Chung Hua di Daro; dan SK Nangga Selangau, SK Kuala Lemai, SK Ulu Sg Arip dan SK St Mark di Selangau.

"Manakala 19 sekolah di Tatau dan Sebauh membabitkan SJK (C) Chung Hua Tatau, SJK(C) Chung San, SK Bukit Mawang, SK Hermanus Assan, SK Kuala Binyo, SK Kuala Kebulu, SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu, SK Labang, SK Ng Penyarai, SK Ng Tau, SK Pandan, SK Rh Tayai, Sk Sebauh, SK Sg Bukit Balai, SK Sg Genaan, SK Sg Sebungan, SK Sg Sengian dan SK Sg Bagian,” katanya.

Beliau berkata, sekolah tersebut tidak dapat beroperasi disebabkan kawasan sekolah yang masih digenangi air, selain jalan di kawasan kediaman atau kampung tidak dapat diakses kerana banjir.

Sementara itu, Omar berkata, lapan sekolah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu tujuh di Serian dan satu di Selangau. - Bernama 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved