Banjir: Lima sekolah di Sabah masih terjejas

11 Jan 2026 • 8:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara sekolah yang terjejas akibat banjir di Beaufort.

KOTA KINABALU - Sebanyak lima sekolah di Sabah tidak dapat memulakan sesi persekolahan tahun 2026 yang bermula Isnin, selepas terjejas akibat banjir yang melanda sejak 2 Januari lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, kesemua sekolah yang terlibat terletak di daerah Beaufort.

"Sekolah yang masih terjejas banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkalalak, SK Garama, SK Jabang, SK Kebulu, SK Lago dan SK Suasa.

"Bagaimanapun, bagi daerah lain, sesi persekolahan berjalan seperti biasa," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Raisin dalam pada itu turut memaklumkan, seramai 490,314 murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah akan memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

"Pecahan melibatkan seramai 276,144 murid sekolah rendah manakala 214,170 lagi pelajar sekolah menengah.

"Jumlah itu juga melibatkan seramai 43,385 murid Tahun Satu dan 44,851 pelajar Tingkatan Satu akan memulakan sesi persekolahan masing-masing esok," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved