27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

LocalCars
16 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

image.png

Proton e.MAS mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) nombor satu negara apabila menguasai lebih 60% pasaran pendaftaran domestik dengan rekod 27,403 unit dari Januari hingga Ogos 2026.

Kuasai 60% Pasaran, Proton e.MAS Jenama EV No. 1 Negaraimage.pngimage.png

Pencapaian luar biasa ini merangkumi penguasaan lebih 60% daripada jumlah keseluruhan pendaftaran EV di Malaysia, disokong oleh prestasi cemerlang barisan model seperti Proton e.MAS 5, e.MAS 7, dan e.MAS 7 PHEV.

Pencapaian Terbaharu Proton e.MAS (2026)kategori PencapaianButiran / ModelJumlah UnitPencapaian Bulanan TerbaharuPendaftaran dalam tempoh sebulan (kali pertama)> 6,000 unitJumlah Pendaftaran Keseluruhan (YTD)Keseluruhan (Domestik & Eksport)27,856 unitPecahan Mengikut ModelProton e.MAS 518,014 unitProton e.MAS 7 (Domestik & Eksport)4,278 unitProton e.MAS 7 PHEV (Pasaran Domestik)5,562 unitBahagian Pasaran (Market Share)xEV Malaysia32.5%

image.pngimage.png

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, kejayaan ini membuktikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap peralihan kepada mobiliti elektrik semakin meningkat.

"Untuk mencapai lebih 60% bahagian pasaran merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna buat Proton e.MAS.

"Namun, bagi kami, yang lebih penting adalah dengan melihat semakin ramai rakyat Malaysia yakin untuk beralih kepada mobiliti elektrik. Sebagai jenama EV nasional, peranan kami bukan sekadar untuk menambah lebih banyak EV di jalan raya, tetapi juga memastikan rakyat Malaysia mempunyai ekosistem, kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan untuk menikmati pengalaman EV dengan lebih mudah," katanya.

Perluas Ekosistem dan Rangkaian Pengecasan Tempatan

Seiring peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, PRO-NET memperkukuh sokongan pelanggan menerusi 60 pengedar, 46 pusat servis, dan 10 pusat Badan dan Cat di seluruh negara.

Pengguna kini lebih mudah mengakses kemudahan pengecasan awam menerusi Aplikasi Proton e.MAS yang menyokong lebih 4,700 titik pengecasan di pelbagai lokasi strategik.

Bagi pengguna kediaman bertingkat, kerjasama dengan syarikat pengecasan seperti ChargeSini dan JomCharge membolehkan pemilik menikmati kadar khas RM0.63/kWh di lebih 500 bangunan bertingkat sehingga akhir 2026.

Sokong Pembuatan Tempatan dan Latihan TVET

Kesemua model Proton e.MAS kini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Automotive High Tech Valley (AHTV), Tanjung Malim, bagi memperkukuh rantaian bekalan domestik.

Usaha ini turut merangkumi pembangunan bakat tempatan, termasuk pensijilan EV Tahap 2 melalui kerjasama TVET-MARA untuk juruteknik bertauliah.

Dengan ketersediaan alat ganti tulen mencecah 98.8%, Proton e.MAS komited memastikan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik yang lebih lancar dan menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved