27 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

LocalEnvironment
19 Oct 2026 • 10:03 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: 27 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

Sebanyak 27 kawasan di Malaysia mencatatkan IPU tidak sihat, dengan Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan tertinggi pada 172 setakat 9 pagi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Tangkak (164), Pasir Gudang (162), Batu Pahat (168), Kota Tinggi (157), Kluang (153), Larkin (153) dan Pengerang (132).

Di Selangor, selain Johan Setia, empat kawasan lain turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Petaling Jaya (160), Klang (158), Banting (156) dan Shah Alam (154).

Sementara itu, tiga kawasan di Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Bukit Rambai (168), Alor Gajah (165) dan Bandaraya Melaka (164) manakala di Negeri Sembilan, kawasan Nilai merekodkan IPU 168, diikuti Seremban (164) dan Port Dickson (153).

Di Kuala Lumpur, Batu Muda dan Cheras masing-masing mencatatkan bacaan 162 dan 155 manakala Putrajaya mencatatkan bacaan IPU 155. 

Bagi Pahang, Rompin dan Indera Mahkota, Kuantan masing-masing mencatatkan bacaan 158 dan 149 manakala bagi Perak, Seri Manjung mencatatkan bacaan IPU 115.

Sementara itu, tiga kawasan di Sarawak merekodkan tahap tidak sihat, iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (153), Kuching (152) dan Samarahan (128).

Sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved