13 kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

LocalEnvironment
23 Sep 2026 • 10:05 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: 13 kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

13 kawasan di Sarawak catat bacaan IPU tidak sihat, dengan Sri Aman dan Serian merekodkan bacaan tertinggi pada paras 180 setakat 9 pagi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Sri Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 180.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Kuching (175), Sibu (171), Sarikei (169), Bintulu (169) dan Samarahan (169).

Bacaan IPU tahap tidak sihat turut direkodkan di Mukah (161), Miri (159), Samalaju (159), Institut Latihan Perindustrian Miri (156), Limbang (153) dan Kapit (118).

Sementara itu,  sebanyak 45 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, manakala lapan kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 menunjukan paras berbahaya. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved