27 mangsa banjir di Baling masih ditempatkan di dua PPS

4 Aug 2022 • 5:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling berkurangan kepada 27 orang pada pagi ini berbanding 31 orang pada Rabu.Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Lt (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil berkata, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Habsah manakala 14 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Dewan Tun Abdul Razak setakat pukul 8 pagi ini."Sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga orang telah pulang ke rumah malam tadi sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang masih berada di dua PPS yang dibuka sejak Selasa lepas seramai 27 orang daripada tujuh keluarga."Kesemua mangsa dijangka akan pulang ke rumah masing-masing hari ini dan PPS akan ditutup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Hujan lebat selama lebih satu jam, Selasa lepas telah menyebabkan beberapa rumah di Mukim Baling, Mukim Bakai dan Mukim Siong dinaiki air. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved