27 stesen catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
18 Oct 2026 • 3:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 27 stesen catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA – Sebanyak 27 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara tidak sihat dengan Pasir Gudang, Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 188 setakat 3 petang ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara, stesen pemantauan lain yang turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat ialah Kota Tinggi (179), Larkin (173), Pengerang (171), Batu Pahat (168), Kluang (162) dan Tangkak (159).

Sementara itu di Negeri Sembilan, dua stesen mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Nilai (172), Seremban (167) dan Port Dickson (153).

“Selain itu, turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah di Bukit Rambai (165), Alor Gajah (157) dan Segamat (155) di Melaka.

“Di Selangor, stesen yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah di Johan Setia (159), Shah Alam (157), Petaling Jaya (154) dan Klang (155),” katanya.

Dalam pada itu, dua lagi stesen di Kuala Lumpur juga mencatatkan IPU tidak sihat iaitu di Cheras (154) dan Batu Muda (153).

“Bagi negeri Sarawak, stesen yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah di IPD Serian (155), Kuching (154), Samarahan (148) manakala di Sabah hanya satu stesen mencatatkan IPU tidak sihat iaitu di Sandakan dengan bacaan 118.

“Kawasan lain yang merekodkan IPU tidak sihat ialah di Rompin, Pahang dengan bacaan IPU 143,” katanya.

Sementara itu, 39 stesen merekodkan nilai bacaan sederhana dan dua stesen lain mencatat IPU tahap baik.- KOSMO! ONLINE

The post 27 stesen catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved