Jerebu: 25 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang rekod bacaan tertinggi

LocalEnvironment
18 Oct 2026 • 9:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 25 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang rekod bacaan tertinggi
Jerebu menyelubungi Pasir Gudang dengan bacaan tertinggi iaitu 190.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 190.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor turut melaporkan IPU tidak sihat, iaitu Larkin (181), Kota Tinggi (181), Pengerang (178), Batu Pahat (169), Kluang (163), Tangkak (160) dan Segamat (157).

Di Selangor, kawasan Johan Setia dan Shah Alam masing-masing merekodkan bacaan IPU 163 dan 161, manakala Klang (159), Petaling Jaya (157) serta Banting (156).

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bacaan IPU 159, manakala dua stesen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Cheras dan Batu Muda masing-masing berada pada bacaan 156 dan 155.

Di Negeri Sembilan, tiga kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu Nilai (172), Seremban (169) dan Port Dickson (152) dan bagi Melaka, kawasan Bukit Rambai merekodkan IPU 164, diikuti Alor Gajah (161) dan Bandaraya Melaka (155).

Di Sabah dan Sarawak pula, tiga kawasan turut merekodkan tahap tidak sihat iaitu Sandakan (153) dan Tawau (103) di Sabah, manakala IPD Serian di Sarawak mencatatkan bacaan 153.

Sebanyak 41 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved