’27 Tahun Berjuang Akhirnya Tercapai’, Individu Dari Sarawak Menghargai Kerajaan Madani Anwar Ibrahim

26 Jun 2023 • 11:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Individu berterima kasih dengan Kerajaan Madani DSAI kerana hajat ayahnya tertunai

‘27 Tahun Berjuang Akhirnya Tercapai’, Individu Dari Sarawak Menghargai Kerajaan Madani Anwar Ibrahim. Tular baru-baru ini mengenai seorang individu meluahkan rasa puas hati dan berterima kasih dengan perjuangan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, individu berasal dari Murum Belaga Sarawak, Ariff Peter menyatakan bahawa ayahnya berjuang untuk menuntut pampasan bakun hidroelektrik selama 27 tahun dan akhirnya tertunai hajatnya oleh DSAI.

image is not available
Sumber: Twitter

27 tahun berjuang untuk ayahnya menuntut pampasan

“27 tahun ayah aku berjuang menuntut pampasan bakun hidroeletrik yang menenggelamkan kampung kami akhirnya diambil tindakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

“Bayangkan berapa ramai orang kampung mati tak sempat dapat pampasan tersebut selama ini. Terima kasih PMX (DSAI),” ujarnya di laman Twitter tersebut.

Bukan itu sahaja, Ariff turut memuat naik bukti kerja Kerajaan Madani yang dibangunkan oleh DSAI, akhirnya berjaya.

image is not available
Sumber: Twitter

“Harap rakyat Malaysia boleh menilai kerajaan mana yang peduli dan bekerja untuk rakyat. Siap boleh bincang dan take note masalah kami,” tambahnya lagi dengan pujian bertalu-talu untuk DSAI.

Netizen turut memberi reaksi positif

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen tidak dapat membayangkan bapa kepada individu tersebut menunggu 27 tahun untuk kerajaan mengambil tindakan.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan kepada Ariff serta mendoakan kejayaan kepada DSAI sekeluarga.

image is not available
Sumber: Twitter

image is not available
Sumber: Twitter

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved