27 tahun berkhidmat di KKM, Dr Rafidah kecewa tidak dihargai ‘golongan kayangan’

LocalHealth & Fitness
19 Mar 2025 • 10:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
27 tahun berkhidmat

Pakar Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah seolah-olah berputus asa dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas 27 tahun berkhidmat dalam institusi tersebut kerana merasakan dirinya tidak dihargai oleh ‘orang-orang kayangan’.

Menerusi perkongsian Dr Rafidah di Facebook, beliau menyatakan dirinya dianggap sebagai statistik oleh sesetengah pihak atasan apabila digesa untuk bersikap profesional, namun mereka langsung tidak berbuat hal yang sama.

image is not available

27 tahun berkhidmat, namun terima layanan yang tidak sepatutnya

Jelasnya, beliau sudah hampir 30 tahun mengabdikan diri dalam kementerian tersebut namun merasakan dirinya tidak layak dilayan sebegitu rupa.

Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan masalah yang dihadapi, namun Dr Rafidah mendedahkan bahawa individu-individu yang dimaksudkan tahu apa yang terjadi dan menegaskan tidak akan memaafkannya sama sekali.

“Ingat, saya sudah berkhidmat 27 tahun dalam KKM. Saya tidak sepatutnya mendapat layanan sebegitu rupa. Anda tahu siapa yang saya maksudkan. Saya tidak akan pernah memaafkan anda,” tulisnya.

image is not available

27 tahun berkhidmat, tapi rasa tak dihargai ‘orang-orang kayangan’

Namun begitu, Dr Rafidah mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghargai perkhidmatannya selepas dia menyuarakan hasrat untuk melangkah pergi dari KKM.

Ujarnya, beliau berasa sangat bertuah dikelilingi insan-insan baik di jabatan perubatan termasuklah pesakit yang dirawatnya.

image is not available

Rakan-rakan minta terus berjuang

Jelasnya lagi, rakan-rakan di tempat kerja memintanya untuk tidak melangkah pergi kerana masih perlu untuk memperjuangkan hak sebagai warga KKM kepada golongan ‘kayangan’ tersebut.

Jadi, Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya itu meminta rakan-rakannya untuk tidak risau kerana dia akan terus berjuang dan sama sekali tidak mengambil mudah perkara itu.

image is not available

Sebelum ini, Dr Rafidah pernah menyuarakan kekecewaannya terhadap kementerian tersebut di media sosial apabila mengakui berat hati untuk meneruskan kerjaya di KKM.

Ujarnya, banyak faktor yang membelenggu hidupnya sejak sekian lama terutama berkaitan hal pengurusan dan kebajikan kakitangan sehingga dia pernah terfikir untuk bersara awal dari perkhidmatan tersebut.

Sumber: Facebook Dr Rafidah Abdullah