Jom sihatkan diri! Dr Rafidah tegur sesiapa sahaja, ajak orang ramai minum air kosong

Health & FitnessLifestyle
4 Mar 2025 • 10:14 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr Rafidah tegur sesiapa sahaja yang membuat konten makanan atau minuman yang tidak sihat di media sosial.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbuka dengan air kosong terutama sepanjang bulan Ramadan.

“KEMPEN AIR KOSONG. Saya ingin mengajak masyarakat Malaysia minum air kosong sahaja.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk menegur sesiapa sahaja yang buat konten makanan atau minman tak sihat,”katanya.

image is not available

Dr Rafidah tegur sesiapa sahaja

Dalam hantaran yang sama, beliau juga menitipkan nasihat agar tidak membiasakan kuantiti sedikit ‘gula’ atau mana-mana bahan yang tidak sihat dalam penyediaan sesuatu juadah.

“Kalau rasa sedikit, tiada masalah. Jangan dibiasakan.
“Jom sihatkan diri di dalam bulan Ramadan ini,”katanya lagi.

image is not available

Betul tu. Ini masanya..

Hantaran dikongsikan oleh beliau telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana rata-ratanya turut bersetuju serta menyahut seruan kempen berkenaan.

image is not available image is not available

Nama Dr. Rafidah kembali menjadi bualan ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada personaliti media sosial, Khairul Aming sehingga menimbulkan rasa tidak senang warganet.

Tegas beliau, pengambilan minuman mengandungi kandungan gula tinggi berisiko mengakibatkan kencing manis dan obesiti.

image is not available

Bukan itu sahaja, beliau turut memberi teguran terhadap pencipta kandungan popular, Che Sayang Kitchen yang menghasilkan video yang sama dimana kandungan gula yang tinggi berisiko untuk mendapat penyakit berbahaya dan obesiti.

Sumber: FB Rafidah Abdullah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved