
Di sebalik polemik yang tercetus sebelum siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, konsert Coldplay berjalan lancar dan aman malam tadi.
Martin bersama anggota kumpulannya Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membenarkan mereka melakukan konsert selepas 27 tahun penantian.
“Malaysia anda sangat indah. Coldplay berterima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak juga peminat kerana menerima kami di sini.
“Akhirnya setelah 27 tahun Coldplay di Malaysia,” ucapnya sambil disambut sorakan gemuruh peminat.

