28 Bayi Pra Matang Selamat Tiba Di Mesir, Perlu Penjagaan Rapi

21 Nov 2023 • 10:16 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seramai 28 bayi pra matang yang dipindahkan dari Hospital Al-Shifa di utara Gaza telah selamat tiba di Mesir dalam satu konvoi ambulans semalam.

Menurut laporan Kosmo, sumber memaklumkan empat wanita yang juga merupakan antara bayi-bayi tersebut dan enam jururawat turut menemani mereka di dua hospital berbeza untuk mendapatkan rawatan.

28 bayi pra matang selamat tiba di Mesir

image is not available

Difahamkan juga, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan beberapa organisasi lain telah membantu ketika memindahkan 31 bayi dari Hospital Al-Shifa ke Hospital Emirati di bandar selatan Semenanjung Gaza, Rafah, kelmarin.

Malah, bayi-bayi tersebut telah disambut oleh pasukan profesional perubatan yang menunggu dengan inkubator ketika berada di Lintasan Rafah.

image is not available

Media melaporkan dua daripada 31 bayi itu masih di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Emirati, namun seorang bayi dipercayai berada dalam keadaan sihat.

Bayi ketiga tidak dipindahkan ke Mesir kerana ibu bapanya kini berada di utara Gaza, manakala 28 yang lain akan dirawat di Hospital Al-Arish di Sinai dan Hospital New Capital di Kaherah.

image is not available

“Kami telah menunggu mereka sejak beberapa hari lalu. Kami telah membuat semua persiapan untuk menerima bayi-bayi baru lahir dengan semua peralatan perubatan yang diperlukan.

“Bayi-bayi itu memerlukan lebih banyak lagi rawatan susulan,” kata seorang doktor di Hospital Al-Arish, Ahmad

image is not available

Sumber: Kosmo