28 berentap di final Muay Thai hari ini

16 Oct 2025 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seramai 28 peserta layak ke peringkat akhir acara Muay Thai sempena Saga XI 2025 di Dewan SJK (C) Yuk Chin hari ini (Khamis).

Bagi kategori lelaki (sukan tempur), sebanyak sembilan kategori dipertandingkan melibatkan 18 peserta yang layak ke peringkat akhir.

Antaranya, Kerry Dryan Jafli (Tuaran), Mohammad Syahrizan Rizal (Tawau), Yong Feng Yue Sammy (Ranau), Evan Arron Warren (Papar) dan Andy John (Sipitang).

Sementara itu, bagi kategori wanita, 10 peserta mara ke peringkat akhir yang melibatkan lima kategori.

Antara peserta ke peringkat akhir ialah Krystel Angel Jafili (Tuaran), Nur Ameera Shaqil (Penampang), Stacy Phoong Chun Ann (Kota Marudu), Bethanny Lai Yun Yunn (Kota Kinabalu) dan Rozana Laila Rammy (Kota Marudu).

Pertandingan akhir dijadual berlangsung hari ini (Khamis) untuk menentukan pemenang pingat emas.

Ketua Delegat Teknikal Muay Thai, Readwan Matin berkata, terdapat peningkatan penyertaan pada edisi kali ini berbanding Saga lepas, dengan penglibatan 19 daerah serta keseluruhan 234 atlet dalam 18 kategori.

 “Tahun ini kita melihat ramai atlet berpotensi dan kemunculan bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan. Atlet wanita juga menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang kejohanan,” katanya ketika ditemui media, pada Rabu.

Readwan berharap semua atlet yang berjaya ke peringkat akhir dapat beraksi dengan semangat kesukanan tinggi serta bersedia dari segi fizikal dan mental bagi mencapai kejayaan terbaik buat daerah masing-masing.

View Original Article