28 sertai Cabaran 4x4 Ranau Kaamatan

8 Jun 2025 • 12:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Seramai 28 peserta dari seluruh Sabah berentap pada Cabaran Off-road 4x4 Antarabangsa Ranau Kaamatan ke-19 yang diadakan di Kg Lohan Ranau dekat sini baru-baru ini.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin hadir merasmikan pertandingan anjuran Persatuan Pacuan Empat Roda Ranau (RFWDA) itu, dan turut melepaskan peserta pada acara tahunan itu.

Dalam ucapannya, Jonathan berkata setiap aktiviti sukan yang dijalankan perlu mempunyai venue khas yang sesuai untuk ia dijalankan bagi mengelak sebarang masalah timbul.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Tahun lalu, sukan lasak ini diadakan di Sungai Liwagu dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang serta menimbulkan masalah tertentu.

“Itu menunjukkan setiap aktiviti sukan yang dijalankan mestilah mempunyai venue khas yang sesuai bagi mengelak sebarang masalah kepada mereka yang tidak terlibat dalam acara itu.

“Justeru, saya menggesa pengerusi persatuan ini mengemukakan surat permohonan khas kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor untuk menjadikan tapak ini sebagai medan atau litar untuk acara 4x4 di sini,” katanya.

Jonathan berkata ini akan memastikan acara sukan lasak itu menjadi sukan yang boleh dibangunkan dengan lebih baik dan mengelak halangan yang menghalang kemajuan sukan ini di daerah Ranau.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa 4x4 Ranau kerana telah memberikan segala tenaga, masa, wang dan kepakaran dalam memastikan penganjuran program ini berjalan dengan lancar.

Penganjuran kali ke-19 ini, katanya, membuktikan persatuan tersebut benar-benar memberikan sepenuh komitmen agar sukan lasak di Daerah Ranau dapat terus diadakan setiap tahun.

“Komitmen ini juga jelas membuktikan daerah ini memerlukan venue tetap khas untuk dijadikan tapak penganjuran sukan lasak di kawasan ini.

“Penganjuran kali ke-19 ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia bermakna peminat sukan 4x4 di sini telah menumpukan perhatian kepada bidang ini sejak sekian lama.

“Terima kasih juga kepada semua peserta atas sokongan berterusan terhadap penganjuran aktiviti ini yang juga dapat menyumbang kepada ekonomi daerah ini dan mengharumkan nama Ranau dalam acara ini.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang termasuk Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam, Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir serta pihak lain yang turut menyumbang dalam merealisasikan program ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi RFWDA Aliyu Zinin berkata, bagi penganjuran pertandingan ke-20 tahun depan, diharap lebih ramai peserta termasuk dari Semenanjung Malaysia akan menyertainya.

“Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas sokongan beliau, dan khususnya kepada semua penyumbang yang membolehkan kami menjayakan program ini pada tahun ini,” katanya.

Turut hadir Alex dan Reza dari SFWDA, Pengerusi Persatuan 4x4 Keningau, Kota Marudu, Brunei dan kawasan lain, kakitangan Pejabat Parlimen Ranau dan lain-lain.

View Original Article