Ulasan-Ulasan Dari DXOMark Akan Ditunda Kerana Wabak Covid-19

TechnologyDigital
19 Mar 2020 • 3:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DXOMark adalah syarikat yang membuat ujian tanda aras kamera-kamera dan pelbagai lensa. Ini adalah termasuk dengan peranti pintar. Selain itu, DXOMark turut membuat ujian pembesar suara. DXOMark dilihat menjadi perkara penting untuk sesebuah telefon pintar baharu, bagi menentukan kehebatan kamera sesebuah peranti.

Terkini, dek kerana wabak Covid-19 (koronavirus) banyak negara telah diarahkan oleh kerajaan mereka untuk perintah berkurung atau juga perintah kawalan pergerakan. DXOMark adalah syarikat dari negara Perancis, jadi mereka juga terlibat dengan arahan untuk kerja dari rumah. Oleh yang demikian, ujian-ujian tanda aras dan ulasan peranti-peranti akan ditunda. Ini adalah untuk menjamin kesihatan dan keselamatan para pekerja mereka.