Bermula 12 Julai ini, semua pihak sedia maklum akan penguatkuasaan peraturan baharu pada aplikasi seru-pandu negara. Berikutan itu, pihak Grab berbesar hati mengumumkan fasa pertama dengan hadir bersama Pakej Pikul Bersama. Pakej ini bertujuan untuk membantu para pemandu Grab bagi menanggung bebanan kos yang perlu dipatuhi.

Untuk makluman anda, pelaksanaan fasa pertama ini terdapat 3 langkah pendaftaran yang perlu dilalui oleh setiap pemandu seru-pandu. Langkah pertama, anda perlu dapatkan pemeriksaan kesihatan. Langkah ini bagi memenuhi syarat yang terkandung pada borang JPJL8A bagi pemeriksaan kesihatan untuk lesen PSV. Buat pemandu Grab, anda tidak perlu khuatir lagi kerana pihak Grab telah memberi subsidi pada panel klinik yang terpilih iaitu di Lembah Klang, Selatan, Utara, Borneo dan Pantai Timur.
Layari: Klinik Panel Subsidi Grab
Seterusnya, langkah kedua adalah perlu melalui pemeriksaan Puspakom. Langkah ini hanya termaktub pada kereta yang berusia lebih daripada 3 tahun. Menerusi langkah ini, pihak Grab turut menyediakan panduan kepada pemandu untuk pendaftaran pada MyPuspakom.
Layari: Pendaftaran Akaun MyPuspakom
Langkah ketiga pula memerlukan pemandu untuk hadir latihan bagi pemilikan lesen PSV. Buat masa ini pihak Grab sedang berusaha untuk memastikan peralihan yang lancar untuk setiap rakan pemandu untuk menjadi rakan pemandu seru-pandu yang sah disisi perundangan. Oleh itu, Grab sedang berkerjasama dengan beberapa Institut Memandu untuk memberi subsidi ke atas kos latihan PSV yang memakan masa selama 6 jam.
Layari: Harga Istimewa Lesen PSV Kepada Pemandu Grab
Buat masa ini, itu sahaja langkah pendaftaran yang perlu diikuti oleh para pemandu seru-pandu. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan kenyataan Grab ini, anda boleh layari pada pautan dibawah.

