3,000 Kilogram Durian Serendah RM1 Sebiji Dijual Dalam Masa Lima Minit

LocalFood
27 Jun 2026 • 6:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

3,000 Kilogram Durian Serendah RM1 Sebiji Dijual Dalam Masa Lima Minit

3,000 Kilogram Durian Serendah RM1 Sebiji Dijual Dalam Masa Lima Minit

KUALA NERUS, 27 Jun (Bernama) -- Hanya dalam masa lima minit, 3,000 kilogram durian yang berharga serendah RM1 sebiji habis terjual di Kampung Bukit Tunggal, dekat sini, hari ini.

Pemilik perniagaan Muhammad Izhar Ibrahim, 27, berkata setiap hari dia menjual lebih satu tan durian sehari dengan harga begitu rendah bagi memberikan peluang kepada golongan yang tidak berkemampuan membeli dan merasai keenakan raja buah itu.

Dia berkata pelbagai jenis durian boleh didapati termasuk durian kampung, IOI, Udang Merah, D24 dan Musang King yang terdiri daripada pelbagai gred dan saiz.

"Promosi ini saya dah mulakan sejak minggu lepas sebagai tanda menghargai pelanggan dan juga memberikan peluang kepada orang yang kurang mampu atau mereka yang mempunyai keluarga besar untuk menikmati durian sepuas-puasnya.

"Walaupun harganya serendah RM1 sebiji, kualitinya masih baik dan isinya juga elok. Cuma saiz durian lebih kecil. Setakat ini, pelanggan amat berpuas hati dan ramai yang datang semula untuk beli," katanya ketika ditemui di Kedai Durian Maiz di Kampung Bukit Tunggal.

Image from: 3,000 Kilogram Durian Serendah RM1 Sebiji Dijual Dalam Masa Lima Minit
Kredit: Bernama

Muhammad Izhar berkata setiap hari, orang ramai akan beratur seawal 8 pagi untuk merebut peluang mendapatkan raja buah pada harga yang sangat rendah.

Dia berkata bekalan durian dibawa masuk dari Pahang dan Johor, yang sedang mengalami fenomena lambakan raja buah itu.

Baca juga:

"Tahun ini, durian memang menjadi, terutama di Perak, Johor dan Pahang. Durian Terengganu setakat ini tidak banyak lagi. Mungkin seminggu, dua lagi.

"Alhamdulillah, tahun ini semua orang boleh menikmati durian dengan sepuas-puasnya. Durian Musang King gred A pun dah boleh dapat dengan harga RM10 sekilogram sekarang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved